Assalamualaikum,
NUR NABILA HANI
TENTANG SAYA

Nama diberi ialah Nur Nabila Hani Binti Sungip. Nama samaran ialah Bella tetapi di rumah saya dipanggil Bila yang lebih mudah disebut oleh ahli keluarga saya. Saya berusia 22 tahun dan dibesarkan di Negeri yang aman dan damai iaitu Johor Darul Takzim. Saya dilahirkan di hospital yang berdekatan iaitu Hospital Sultanah Aminah pada tarikh 27 September 1994pada jam 6.30 pagi. Tempat tinggal saya dibesarkan terletak di Felda Penggeli Timur, Bandar Tenggara, Kulaijaya. Saya berkahwin pada 23 januari 2016 dan suami saya bernama Muhammad Amin Bin Marozan.
Saya merupakan anak dan merangkap kepada cucu peneroka di Felda Penggeli Timur di mana tempat tinggal saya dibesarkan sejak kecil lagi dan sehingga kini saya dan keluaga menetap di teratak usang tersebut. Saya dilahirkan daripada keluarga yang serba serbi sederhana dan diberi kasih sayang yang tidak terhingga oleh kedua ibu bapa dan ahli keluarga saya. Saya merupakan anak bongsu daripada tujuh orang adik beradik dan mempunyai empat orang abang serta dua orang kakak.
Nama ayah tercinta ialah Sungip Bin Khamis dan berusia 57 tahun. Berliau berasal di Bukit Gambir Muar, Johor. Pekerjaan berliau seorang peneroka felda. Pada zaman muda, berliau berkerja sebagai tentera laut . Selain itu, berlia memiliki paras yang tinggi dan badan yang tegap. Berliau merupakan anak ketiga daripada lapan orang adik beradik. Sifat yang dimiliki oleh berliau adalah seorang yang penyabar, penyayang, kuat berkerja dan seorang ayahyang bertanggungjawab. Berliau merupakan seorang ketua keluarga yang amat penting dalam ahli keluaga kami.
Nama bonda saya pula Hamidah Binti Hj Sabari dan berusia 56 tahun Berliau merupakan suri rumahtangga sepanjang masa dan berasal di Kampung Bharu Batu Pahat, Johor. Berliau merupakan anak ke lima daripada tujuh orang adik beradik. Perwatakan berliau ialah seorang yang penyayang, lemah lembut, sopan dan baik hati. Selain itu, berliau merupakan insan yang banyak berkorban kerana melahirkan dan membesarkan kita. Oleh itu, ibu bapa adalah orang yang paling rapat dengan kita dan mereka harus disayangi dan dihormati. Sebagai seorang anak kita haruslah menghargai jasa dan pengorbanan berliau.
Cita-cita saya ingin menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Manakal semasa waktu lapang saya lebih gemar duduk di dalam bilik sambil melayan perasaan membaca novel. Pada hari minggu, saya dan keluarga akan keluar pergi bersarapan atau pun minum petang di warung nasi lemak. Begitulah rutin harian saya sekiranya saya tinggal di rumah.