top of page

 

 

Tajuk  Peristiwa :19.8.2006 : Pelancaran Program Rakan Muda Wawasan Desa

 

Penerangan Tema : Pada tahun 2006, Kementerian Belia dan sukan telah melancarkan program Rakan Muda Wawasan Desa, di kampung Nyior, Pengerang, Johor. Program Rakan Muda Wawasan Desa ini adalah sayap kedua Program Rakan Muda yang dilancarkan pada 29 Oktober 1994 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed. Pelancaran program ini bertujuan menyediakan tenaga kerja dalam kalangan belia luar Bandar. Selain itu, program ini turut memberi ruang kepada mereka menonjolkan potensi diri disamping dapat mendidik belia luar bandar lebih bertanggungjawab dalam memberi khidmat kepada masyarakat. Kampung Nyior dipilih menjadi perintis kepada pelancaran program ini. Sebanyak 22 kawasan lagi di Negeri Johor turut akan dilancarkan program sebelum diperluaskan di seluruh Negara secara berperingkat-peringkat. Pelancaran Program Rakan Muda Wawasan Desa yang dilancarkan pada hari ini19 Ogos 2006, adalah satu  inisiatif Kementerian Belia dan Sukan untuk memperkukuhkan Program Rakan Muda sedia ada. Misi kedua-dua program ini adalah sama untuk melahirkan potensi tertinggi  belia supaya

dapat mendokong  matlamat pembangunan negara.

 

Rujukan           : Arkib Negara Malaysia

 

HARI INI DALAM SEJARAH

bottom of page